Sunday 12 June 2011

Pohon Larangan!

In the Name of Allah. The Most Beneficent, the Most Merciful   

Almighty God says in the Holy Quran: For every news there is a fact, for everything there is an appointed term and (TIME) you will come to know. (6:67)


Pokok khuldi Pohon Larangan!



Dalam Al-Quran, selain dalam ayat-ayat berkenaan, perkataan syajarah atau seumpamanya  disebut sebanyak 20 kali. Dan dalam jumlah itu, bukan semua perkataan berkenaan digunakan dalam pengertian yang hakiki. Antara contoh penggunaan tidak hakiki bagi perkataan berkenaan ialah Syajarah Al-zakum meskipun ia diterjemahkan dengan berbagai-bagai jenis pokok tetapi ternyata kon-sepnya lebih bersifat majazi.

Ini bererti menggunakan perkataan syajarah bagi mengertikan seks secara majazi bukan suatu yang jelas tidak tepat. Malah jika dipadankan dengan perkataan harth atau ladang sebagai lambang isteri, penggunaan syajarah atau pokok sebagai ladang seks munasabah sekali.

Seks Adam dan Hawa

Satu asas lain ialah adanya sebutan tentang 'kemaluan' Adam dan Hawa dalam ayat-ayat  berkenaan. Sehubungan dengan ini plot cerita berkenaan lebih kurang begini. Syaitan dengan tujuan menelanjangi Adam dan Hawa sehingga menampakkan kemaluan kedua-duanya menggesa mereka berdua 'mengecapi' pokok terlarang itu.

Plot ini agak jelas menunjukkan, maksud pokok itu ialah seks dan perbuatan memakan atau  merasai itu sebenarnya mengadakan hubungan jenis. Jika tidak kurang jelas relevannya soal  'kemaluan' itu disebut di situ. Dalam ayat 20 surah al-A'raf Allah bermaksud:

Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga)".

7:20
{ فوسوس لهما الشيطان } إبليس { ليبدي } يظهر { لهما ما ووري } فوعل من الموارة { عنهما من سوآتهما وقال ما نهاكما ربُّكما عن هذه الشجرة إلا } كراهة { أن تكونا مَلَكَيْنِ } وقرئ بكسر اللام { أو تكونا من الخالدين } أي وذلك لازم عن الأكل منها في آية أخرى (هل أدلك على شجرة الخلد ومُلك لا يبلى) .
Almighty God says in the Holy Quran: But Satan whispered to them to make apparent to them that which was concealed from them of their private parts. He said, "Your Lord did not forbid you this tree except that you become angels or become of the immortal."

Malah dalam ayat 22 surah yang sama, Allah menceritakan apabila mereka berdua mengecap  (zaqo) pokok terlarang itu maka kemaluan-kemaluan mereka pun terdedah dan dapat dilihat oleh mereka sendiri.

Firman Allah Taala: Dengan sebab ini dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing. (Al-A'raf: 22)

Cerita yang sama bentuknya juga terdapat dalam ayat 121 surah Taha. Mengulas ayat 20 surah Al A'raf, menyebut: "Mereka kedua-duanya ada kemaluan.

7:22
{ فدلاهما } حطهما عن منزلتهما { بغرور } منه { فلما ذاقا الشجرة } أي أكلا منها { بدت لهما سوآتهما } أي ظهر لكل منهما قبله وقبل الآخر ودبره وسمي كل منها سوأة لأن انكشافه يسوء صاحبه { وطفقا يخصفان } أخذ يلزقان { عليهما من ورق الجنة } ليستترا به { وناداهما ربهما ألم أنهكما عن تلكما الشجرة وأقل لكما إن الشيطان لكما عدو مبين } بيِّن العداوة والاستفهام للتقرير.
Almighty God says in the Holy Quran: So he made them fall, through deception. And when they tasted of the tree, their private parts became apparent to them, and they began to fasten together over themselves from the leaves of Paradise. And their Lord called to them, "Did I not forbid you from that tree and tell you that Satan is to you a clear enemy?"

Tetapi sebelum itu tertutup dan tidak dapat dilihat oleh mereka. "Daripada plot cerita, kemaluan tersebut bersifat fizikal yang memerlukan ditutup secara material. Begitu pun sebelum itu mereka berdua tidak diberitahu tujuan diadakan kemaluan itu".

Dalam ayat 121 surah Taha, menyebut: Allah menggunakan ungkapan "fabadat lahuma Sau Aa Tuhuma"dan tidak "fabadat Sau Aa Tahuma", kerana ia menekankan hakikat. Sebelum itu mereka berdua tidak nampak kemaluan itu. Hanya apabila didorong oleh sesuatu perasaan dari dalam baru mereka nampak kemaluan-kemaluan itu.

Kemungkinan juga pendedahan kemaluan itu ada kaitan dengan bangkitnya naluri seks dalam diri masing-masing. Dengan lain perkataan, suatu kesedaran seks telah berlaku dalam diri kedua-dua mereka. 

Terpedaya Untuk Kekal!

Satu hal lain yang boleh dihubungkan dengan andaian berkenaan ialah persoalan khulud atau 'kekal'. Dalam ayat-ayat 20 surah Al-A'raf dan 120 surah Taha, ada ditonjolkan soal ini. Ayat-ayat berkenaan menceritakan bagaimana iblis menggunakan isu khulud atau kekal sebagai satu daya penarik.

Dalam surah Taha pula Allah berfirman, menceritakan: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, Aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"

Mengulas ayat 20 surah Al-A'raf: Adam inginkan khulud atau kekekalan kerana dia tahu  para malaikat tidak akan mati sehinggalah hari kiamat. Isu yang ditimbulkan oleh syaitan ialah "melepaskan diri dari ikatan tubuh seperti malaikat serta bersifat kekal atau khulud".

Namun sesuai dengan apa yang terdapat dalam ayat 120 surah Taha. Berasaskan ayat ini, "Pujukan itu berasaskan kepada kuasa dan umur yang kekal berpanjangan iaitu dua nafsu yang paling kuat dalam diri manusia".

Ayat ini menghubungkan nafsu-nafsu ini dengan seks

"Nafsu seks itu sendiri ialah satu jalan ke arah merealisasikan nafsu khulud dengan cara melahirkan keturunan dari generasi ke generasi". Agak jelas sama ada dari aspek plot mahupun gaya, ada tanda-tanda menunjukkan, yang disebut sebagai pokok terlarang dalam ayat-ayat berkenaan ialah seks.

Dan atas dorongan untuk kekal hidup di dalam syurga, sebagaimana yang diperdayakan oleh  syaitan kepada mereka, Adam dan Hawa melakukan hubungan jenis itu sekali gus melupai  larangan Tuhan. Semua ini ada hubung kaitnya dengan perancangan Allah untuk menghantar manusia ke bumi sebagai unsur yang membangun.

ADAM dan PERMAISURInya

Berjayanya Iblis menggoda Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him) dan Hawa supaya memakan buah khuldi. Buah khuldi (nama khuldi diberikan Iblis) adalah satu-satunya yang terlarang di dalam "kehidupan" yang mereka bertempat ketika itu.

Apakah hikmahnya, sama-samalah kita mencarinya. Adakah Allah tidak tahu bahawa Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him) akan engkar laranganNya semasa diperintahkan menjauhi pohon "khuldi" itu? Amat mustahil bagi Allah untuk "tidak tahu" setiap sesuatu yang telah dan juga belum terjadi. Apakah kiasannya "buah khuldi" itu?


Firman Allah Taala: "Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini (pohon khuldi), yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim." (AlBaqarah ayat 35) 

Iblis menggoda (sifat semula jadinya) dengan mengatakan bahawa dengan memakan buah  dari pohon terlarang itu, Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him) dan Hawa akan kekal selamanya di dalam kerajaan yang tidak akan binasa. Apakah Nabi Allah Adam lupa pesan Allah kepadanya? Atau Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him) sengaja menentang Allah demi nafsunya untuk kekal di syurga?

Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him) dibekalkan Ilmu yang tidak dipunyai oleh mana-mana makhluk termasuk malaikat. Tidak cukupkah ilmunya sehingga terpedaya kepada hasutan  Iblis yang amat mendengki Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him) itu? Kenapa pula berita ini disampaikan oleh Allah kepada manusia melalui para RasulNya?

Padahal Segala sesuatu milik Allah jua. Berfikirlah sejenak semoga kita mendapat jawapan punca sebenar kejadian. Bukankah segala suatu itu semuanya atas keizinanNya?

la haula wa la quwwata Illa billahi Aliyyil Adzim.

 Firman Allah Taala: "Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?" (Thaahaa ayat 120)



Betapa sedihnya hati Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him), maka ketika itu beliau pun berdoa dengan satu doa yang membuka 1 rahsia yang amat penting. Rahsia yang sungguh indah.
Sabda Rasulullah Salallahu Alaihi waSallam,

"Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, Baginda berkata, "Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku."

Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?" Adam menjawab,

"Tatkala Kau menciptakan aku, Kau meniupkan roh ke dalam jasadku maka aku mengangkat kepalaku lantas aku melihat pada tiang-tiang ‘Arasy tertulis lailaha illallah Muhammad Rasulullah, maka tahulah aku bahawa Engkau tidak akan menyandarkan nama seseorang kepada-Mu kecuali dia adalah yang Engkau kasihi dikalangan makhluk-Mu."

Firman Allah, "Benarlah engkau wahai Adam. Dia amat Aku cintai berbanding sekalian makhluk lain. Jika engkau meminta daripada-Ku dengan haknya nescaya Aku ampuni engkau. Jika tidak kerana Muhammad, tidak Aku ciptakanmu wahai Adam.

Dia ialah Nabi yang terakhir dari zuriatmu." (Diriwayatkan oleh Al-Hakim, disahkan oleh Al-Baihaqi dan Abu Nu'aim dalam Ad-Dalail serta At-Tobrani dalam Ausat Wasoghir juga Ibnu ‘Asakir dan Al-Ajriyy dari Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu Anhu.)

Kalimah Syahadah telah pun tertulis di tiang-tiang Arasy ketika kelahiran Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him). Nama MUHAMMAD telah terukir di tiang-tiang Arasy. Tidak diketahui sejak bila nama itu sudah berada di situ.

Untuk siapa?, tentulah ianya untuk Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him) juga supaya Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him) dapat melihatnya. Bukankah segalanya telah diatur oleh Maha Pengatur? Untuk siapa pula cerita ini?

Fikirkan! Tentulah untuk sekelian umat manusia. "Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Sesungguhnya Allah menulis tentang takdir ciptaan-Nya 50,000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi". Ketika Baginda Salallahu Alaihi waa Salam ditanya,

"Bilakah engkau dilantik sebagai Nabi?" Jawab Baginda, "Ketika (Nabi) Adam antara roh dan jasad." (Diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Hibban dan Baihaqi dipetik dari Hikam)

Semakin jelas sekarang bahawa rahsia ini milik kita semua. Suka saya bertanya pembaca semua, apakah kita masih berada di syurga sekiranya Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him) dan Hawa tidak memakan buah terlarang itu?

Jika begitu, tidak perlulah para rasul terutama Nabi Muhammad Salallahu Alaihi waSalam di utus kerana manusia semua kekal di sana dan tidak melakukan maksiat kepada Allah.

Dimana pula bangsa Jin pada masa itu? Untuk apa pula neraka disediakan? Persoalan demi persoalan akan menjelma bertimpa-timpa, mengajak kita untuk terus berfikir! Fikirkanlah!

Bagaimana keadaan yang berlaku sekarang ini? Nyata manusia telah meninggalkan fitrahnya dan lebih sadisnya sanggup memijak hancur perjanjian di alam mithal (sebelum dilahirkan di muka bumi ini). Semua manusia berjanji akan akur dan taat apa yang telah Allah perintahkan.

Siti Hawa atau ("Eve" - Inggeris), dicipta khusus untuk Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him). Sekali lagi di ucap "SEMATA-MATA UNTUK Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him)" itula fitrahnya wanita ini wujud di muka bumi. Dari mana asal Hawa ini? Adakah diciptakan dari tanah juga seperti Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him)? Sudah semestinya tidak.

Hawa adalah sebahagian dari diri Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him). Ia harus hidup bergantung sepenuhnya pada Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him).

Tidak ada pilihan baginya kerana ia berasal dari tulang rusuk Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him). Jika ia melawan fitrah ini, maka ia menentang Allah Subhanahuwataala yang menciptanya semata-mata atas kepentingan Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him).

Malah ia tidak dibekalkan kekuatan fizikal, keupayaan memimpin (kecuali anak-anak suaminya), tanggungjawab sebagai Imam dan banyak lagi.

Allah Subhanahuwataala menyediakan "bakat" semula jadi yang lemah lembut dan berkeinginan untuk memberi khidmat kepada Adam. Tugasnya jelas, membantu Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him) dalam memenuhi muka bumi dengan makhluk bernama manusia.

Menghiburkan hati Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him), sebagai kawan suka duka kepada Nabi Allah AdamAlaihis Salam. Membesarkan anak-anak Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him). Tidak pernah kita dengar ungkapan "anak-anak Hawa".

Jelaslah siapa Nabi Allah Adam (Alaihis Salam/peace be on him) dan siapa pula itu Hawa. Ada sesuatu yang telah diselewengkan oleh tangan jahat di sini. Merka sengaja mencipta satu keadaan yang menyalahi fitrah ini. Maka beransur-ansurlah manusia menjadi rosak dan keliru.

Pada masa kini, wanita berjuang mendapat taraf sama tinggi dengan lelaki. Ajaran siapakah itu? Padahal tidak mungkin akan sama kerana mereka dari kumpulan yang berbeza fitrah. Berbeza tanggung jawab, berbeza fungsi dan segalanya berbeza.

Masing-masing unggul dalam bidang yang telah dikhaskan. Taraf apa dan bagaimana yang mereka maksudkan (Pejuang Hak Kebebasan Wanita)? Bukan semua tugas lelaki dapat mereka lakukan kerana pada lahiriahnya ada kelemahan yang menghalang.

Contoh yang paling mudah, pemandu kenderaan wanita. Tidak dinafikan mereka mampu menjadi pemandu yang cekap walaupun tidak setaraf lelaki (F1). Apabila kenderaan mereka rosak atau tayar pancit, ia kan menjadi masalah berat bagi mereka untuk memperbaikinya.

Nasib baik ada telefon mudah alih boleh menghubungi sesaorang meminta bantuan. Biasanya siapakah yang membantu menukar tayar tersebut jika bukan lelaki. Itu hanya sekadar contoh mudah. Begitulah Allah Subhanahuwataala mengatur kehidupan makhluknya.

Bukankah lebih baik semua kembali kepada akhlak dan memakai semula pakaian "fitrah"? Saling hormat menghormati dan harga menghargai. Bukankah itulah jenis "kebahagiaan" yang sedang dicari oleh semua umat manusia?

Apabila menegakkan sesuatu yang palsu, yang tidak wajar dan berlawanan dengan fitrah, maka akan berlakulah huru hara dan kacau bilau yang tidak berkesudahan. Masing-masing hanyut dalam kekeliruan.

Sudah tidak dapat mencari punca dan berputar- putar dalam cawan kejahilan. Lelaki itu ada tugasnya, tanggung jawabnya amat berat meliputi seluruh hal ehwal keluarga, khalifah dalam dunia keluarganya.

Malah sesetengahnya diberitanggung jawab sebagai khalifah masyarakat dan negara.

Wanita tidak dipertanggung jawabkan sedemikian berat, kerana mereka adalah pembantu yang setia dan memberi khidmat tanpa persoalan kepada khalifah ini. Adakah kaum wanita juga idamkan jawatan khalifah?

Mampukah wanita memangku tugas berat itu walhal ia telah ada tugas sendiri yang sesuai dan harmoni dengannya? Jika demikian, akan terjadi akhirnya saling salah menyalahkan dan berlaku pelbagai fitnah kehidupan.

Lelaki akan menerima pembalasan (dosa) apabila ahli keluarganya melakukan maksiat, termasuk isterinya. Ditetapkan menjadi "wali" kepada semua anak-anak perempuannya selagi belum bersuami.

Menanggung dosa mereka bila anak-anak perempuan mereka membuat angkara. Ituilah beban tersembunyi yang terpaksa ditanggung oleh lelaki (ADAM) sesuai dengan peranannya sebagai imam atau khalifah. Amat berat tanggungan Adam (lelaki).

Siapakah yang dapat memahami keadaan ini pada zaman sekarang? Semua jadi keliru kerana Fitnah yang dilakukan oleh The Hidden Hand. Siapakah yang dapat memperbetulkannya? YDP Agung?

Perdana Menteri? Mufti? Kadhi? Ulama? . . . kelu . . . tiada jawapan. . . .

Fitnah akhir zaman, dikhabarkan bahawa para pengikut setia dajjal ialah “Yakjuj dan Makjuj” Yahudi (Khazars) dan Wanita. Apa maksud ini semua? Ramailah kaum wanita menjadi penghuni neraka . . Nauzubillah Min Zalika.

Wanita mempunyai suara dalam pilihanraya, apakah kewajarannya? Mampukah mereka memilih dengan adil sesaorang pemimpin? Cara mereka berfikir tidak selaras dengan keperluan pemerintahan yang penuh dengan peti rahsia serta muslihat.

Mereka dianugerahkan sifat lemah lembut, halus jiwanya, berperibadi menawan dan berwatak pengasih, sebab itu mereka mudah termakan pujuk rayu berbanding lelaki.

Sekiranya pemimpin yang salah terpilih sebagai khalifah daulah, siapakah yang akan menerima akibatnya? Siapakah yang akan menanggung dosa ini? Oleh itu untuk kebaikan, biarlah tugas pemilihan sesaorang pemimpin itu dilaksanakan oleh orang lelaki sahaja. Mereka sememangnya telah dibekalkan daya fikir dan keupayaan yang terbakat semulu jadi sebagai penghulu masyarakat. Islam mengajar sedemikian.

Demokrasi Berparlimen (bukan dari Islam) ini juga menentang fitrah manusia. Sesiapa sahaja layak menjadi pemimpin termasuk kaum wanita. Mereka (kaum wanita) terpaksa menerima tanggungjawab "khalifah", secara tidak langsung mereka rela menggagahkan  diri untuk melakukan tugas yang bukan sepatutnya.

Sudah semestinya mereka terpaksa melepaskan tanggung jawab mereka sendiri sebagai pembantu yang setia kepada suami dan "guru" kepada anak-anak.

Dari sinilah wujudnya "tadika" dan seumpamanya. Anak-anak diasuh oleh orang lain bukan ibunya sendiri kerana si ibu sibuk menghambakan diri kepada masyarakat dan masa mereka tertumpu kepada meraih kuasa sebagai khalifah.

Jenerasi selepas mereka akan terhoyong hayang mencari "diri" mereka dan pastinya akan mengikut apa yang telah disampaikan oleh pengasuh mereka. Jika mendapat pengasuh yang jujur, kira mereka amat bernasib baik. Siri fitnah terus mengaliri kehidupan manusia dan menyimpan kejahatannya. Mengelirukan umat pada akhir zaman.

Bagaimanakah nasib kita yang menyanjung atau sekurang-kurangnya menyokong "demokrasi" ini? Kita sedah begitu jauh terlanjur, amat sukar untuk diperbetulkan. Sememangnya benar ungkapan Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam bahawa Fitnah dajjal adalah seburuk-buruk fitnah yang ada di muka bumi ini.